Sabun Al-Bayt


Sabun Terapi Islam telah diRuqyahkan - Pertama di Malaysia


SABUN AL-BAYT


Mencari yg Halal itu Fardhu

Harga yang ditawarkan ialah RM15 sahaja [tidak termasuk pos], sabun ini adalah sebagai ikhtiar rawatan :
  1. Rawatan Gangguan Makhluk Halus/ Jin.
  2. Penyegar Bau Badan.
  3. Menghilangkan masalah kulit kusam.
  4. Mencerahkan kulit.
  5. Mencegah ruam lampin.
  6.  Masalah white head pada muka hilang selepas penggunaan kerap.
  7. Masalah gatal-gatal pada kulit/ jerawat di belakang badan hilang/ gugur dengan membuat mandian dengan Sabun al-Bayt ini.
  8. Ruam lampin pada bayi hilang selepas melakukan mandian dengan Sabun al-Bayt ini.
  9. Anak-anak kecil yang tak nak ke sekolah, dimandikan dengan Sabun al-Bayt ini, Alhamdulillah ke sekolah seperti biasa [daripada staff di LHDN Cyberjay
  10. Bagi yang lelaki, yang ada gatal-gatal di bahagian ari-ari/ bawah kelangkang, sebelum tidur ambil buih Sabun al-Bayt ini, sapukan pada kawasan berkenaan, Insya Allah akan hilang gatal-gatal berkenaan pada pagi esoknya.
  11. Dan lain-lain lagi ... dengan izinNya jua




SENARAI AYAT RUQYAH SYARIYAH



Ayat-ayat asas Ruqyah Syari'yah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq

Ayat-ayat Pembakar 
1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22
Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44

CARA PENGGUNAANNYA

MASALAH GANGGUAN JIN.
  1. Sebelum menggunakannya diniatkan di dalam hati : Ya Allah aku memohon padaMu ya Rabb, keluarkan mana-mana makhluk jin yang berada dalam badan aku ini Ya Allah, aku haramkan mereka berada dalam badanku @ mohon sembuhkan mana-mana penyakit @ penyakit dikeluarkan bersama buih-buih sabun yang mengalir nanti.
  2. Sabun al-Bayt ini digunakan sebagai sabun badan, dibuihkan dan bermainlah dengan buih berkenaan selama mana yang boleh [5 - 10 minit]
  3. Bilas badan dengan air mutlak / air mandian sehingga selesai.
  4. Elakkan BERKONGSI Sabun al-Bayt ini [ 1 sabun : 1 pesakit/yang berhajat]
  5. Ambiklah wudhuk selepas mandi.
  6. Amalan membaca al-Quraan setiap selepas solat fardhu akan membantu Terapi Sabun al-Bayt ini, Insya Allah.

MASALAH KULIT/ RUAM LAMPIN.
  1. Dibuihkan Sabun al-Bayt ini, dan letakkan buih sabun al-Bayt di tempat yang sakit/ gatal berkenaan.
  2. Usaplah tempat berkenaan selama yang boleh.
  3. Jika boleh, biarlah buih Sabun al-Bayt ini kering pada tempat berkenaan.
  4. Boleh dibilas selepas itu.
  5. Atau dibiarkan sahaja, tidak mengapa.

MASALAH KETIAK BERBAU.
  1. Dibuihkan Sabun al-Bayt ini, dan letakkan buih sabun al-Bayt di ketiak berkenaan.
  2. Usaplah tempat berkenaan selama yang boleh.
  3. Jika boleh, biarlah buih Sabun al-Bayt ini kering pada tempat berkenaan.
  4. Boleh dibilas selepas itu.
  5. Atau dibiarkan sahaja, tidak mengapa, [dibilas/ dibasuh pagi esok sahaja]
  6. Boleh juga digunakan Sabun Sireh/ Sabun Belireh nanti yer.

PERINGATAN.
  1. Jika ada tindakbalas kegatalan, Insya Allah akan selesai dalam masa 3 hari [jika ada]
  2. Jika muntah, biarkanlah, biarkan muntah keluar [lagi baik]
  3. Jika demam, Insya Allah takkan lama [jika demam panas guna kaedah petua orang tua merawat demam]
  4. Jika mengalami kesan-kesan lebam pada badan/ sendi, abaikan Insya Allah akan pulih dalam masa 3 - 5 hari [biasanya masalah sihir/ saka]
  5. Jika berterusan sendawa, itu petanda yang bagus, teruskan penggunaan Sabun al-Bayt ini.
  6. Elakkan berkongsi Sabun al-Bayt ini dengan orang lain [1 pesakit : 1 Sabun al-Bayt]

TESTIMONI(dari Ustaz Rosdi perawat BTP)

Terkena Histeria selepas disihir


Terkini 10/5/2012 jam 11:45 pagi, seorang makcik menelefon meminta Ustaz Rosdi merawat secara jarak jauh anak gadisnya yang kerasukan tiba-tiba setelah orang yang disyaki menyihir anak gadisnya menelefon anaknya itu. Jadi macam mana yer!!! 

Dengan bacaan al-Fatihah memohon kepadaNya agar diberikan petunjuk, Ustaz mesej kembali kepda amakcik berkenaan supaya menggunakan Sabun al-Bayt memandangkan makcik berkenaan juga adalah seorang pengedar Sabun al-Bayt ini. Alhamdulillah, dibuihkan Sabun al-Bayt dan terus melumurkan pada tubuh badan anak gadisnya itu, dan makcik berkenaan menceritakan, terus diam anaknya dan tiada lagi terketar-ketar atau meracau-racau. Alhamdulillah, segala puji bagiNya.


Puan Anida Idayu
Masalah Jergat di muka telah hilang

 Alhamdulillah ustaz, semenjak menggunakan Sabun al-Bayt ini, masalah jeragat di muka telah hilang, ana bertanyakan akak buat macam mana? Dia nyatakan bahawa, akak gunakan buih Sabun al-Bayt dan akak buat sebagai masker sebelum tidur. 

Jadi yang ada masalah gatal-gatal di muka [resdung] dan jeragat atau jerawat, gunalah Sabun al-Bayt sebagai mask sebelum tidur, Insya Allah kesembuhan dariNya jua. Tiada salah kita berikhtiar.


Email Pengguna yg ada Gangguan Sihir- Dari Besut Terengganu

Selepas 7 hari menggunakan sabun al-bayt ada kesan lebam pada tgn dan kaki. simptom sihir spt rasa menyucuk2 pada bahu dll masih ada tapi kesihatan saya tidak seteruk dulu. 




Rawatan Keputihan dan Kudis di kepala


Testimoni kali ini lebih kepada Khasiat Tersembunyi Sabun al-Bayt, jiran saya, Abang Raof [jalan 6/4, BTP] menceritakan bahawa, Sabun al-Bayt yang anak perempuannya gunakan, memberikan impak yang mengejutkan, selama ini Ustaz Rosdi jangkakan masalah keputihan wanita hanya boleh dirawat dengan Sabun Belireh/ Sabun Sireh sahaja, tetapi Sabun al-Bayt juga memberikan kesan yang sama. Alhamdulillah, multifunction betul Sabun Belireh ini, kata sahabat ana.

Anak lelaki jiran Ustaz Rosdi pun sama, tapi bukan keputihanlah, tetapi masalah kudis di kepala, maklumlah budak-budak remaja, guna syampoo/ minyak rambut yang berkimia, akhir sekali, campur-camur penggunaannya mengakibatkan kudis-kudis di kepala. Jiran ana menceritakan, anak lelakinya itu menggunakan Sabun al-Bayt ketika mandian, dalam 3 hari, kudis tadi kering, kes ini tiada mengejutkan Ustaz sangat kerana, masalah penyakit kaki, tangan dan mulut kanak-kanak pun dengan izinNya jua boleh disembuhkan, apatah lagi kudis di kepala. Subhanallah, Maha Suci Allah, Dia menyediakan pelbagai bahan herba kepada makhluknya yang bernama manusia di atas muka bumi ini untuk kegunaan hambaNya.





Sakit pinggang dan tulang belikat


ALHAMDULILLAH, suatu perkongsian bagi yang menggunakan Sabun al-Bayt ini, seorang anak gadis [awal 20-an] menggunakan Sabun al-Bayt ini [Cik Nurul (bukan nama sebenar) -0199215853] menggunakan sabun ini kerana dia merasakan ada sesuatu di tulang-tulang belikatnya dan dipinggangnya.

Dia mesej dan menyatakan hal ini, dia mintak maknya tolong urutkan namun tiada kesan, atas nasihat Ustaz dia mandi dengan menggunakan Sabun al-Bayt dan selepas itu dia mesej balas : Alhamdulillah, dah pulih dari kesakitan yang sangat-sangat itu [macam nak lumpuh seluruh badan katanya].




KUTIL ATAU LEBIHAN DAGING




Alhamdulillah, segalanya milikNya, tiada satupun milik kita, apa yang ada hanyalah pinjaman sahaja. Selawat dan salam buat junjungan mulia ar-Rasul saw. allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'in.

Ketika kunjungan salah seorang dealer Sabun al-Bayt [Pn Idah Aziz] pada 24 Mac 2012 [Sabtu] ke rumah ana [membawa anaknya untuk sesi rawatan resdung/ghurah] dia menyatakan bahawa Alhamdulillah, Sabun al-Bayt mampu membuang penyakit KUTIL [iaitu lebihan daging pada badan]. Ana sedikit terkejut, namun bersyukur di atas kemujaraban herba alam semulajadi ini.

Apakah penyakit Kutil?

Penyebab Kutil
Kutil adalah suatu tipe infeksi yang disebabkan oleh virus dari golongan human papillomavirus (HPV Virus). Ada lebih dari 1000 tipe HPV Virus. Kutil dapat tumbuh di semua bagian tubuh manusia. Mereka dapart tumbuh dan berkembang pada kulit, didalam mulut, pada alat genital atau kelamin dan pada daerah anus. Jenis umum dari HPV cenderung menyebabkan kutil pada kulit seperti pada tangan dan jari-jari, jenis lain dari HPV virus cenderung menyebabkan kutil pada daerah kelamin dan anus atau rectal. Beberapa orang secara alamiah kebal terhadap HPV virus dan tidak menderita kutil.

Dapatkah kutil menular dari satu orang ke orang lain?
Kutil dapat ditularkan dari satu orang ke orang lain. Sebagai contoh, kutil pada kulit bisa ditularkan dari satu orang ke orang lain lewat kontak langsung dengan kutil tersebut. Juga bisa melalui handuk atau obyek serta benda-benda lain yang digunakan oleh penderita kutil dan dipakai oleh bukan penderita kutil.

Kutil pada alat kelamin bersifat sangat menular dan dapat ditularkan dari satu orang ke orang lain melalui kontak mulut atau oral, melalui vagina atau hubungan intim melalui anus. Jadi merupakan hal penting untuk tidak berhubungan intim dengan partner yang mempunyai kutil pada daerah genital atau lakukanlah hubungan intim dengan memakai pelindung. Pada wanita, kutil dapat tumbuh pada daerah servix (cervix), dan bahkan seorang wanita mungkin tidak mengetahui bahwa dia mempunyai kutil pada daerah servixnya. Dia mungkin telah menularkan infeksi tersebut kepada partner saat dia melakukan hubungan intim tanpa diketahuinya.


Penyakit kaki ,tangan dan mulut
Testimoni kali ini melibatkan 3 orang anak kepada sahabat ana di sekitar Kuala Lumpur. Anaknya mengalami masalah penyakit kaki, tangan dan mulut, hasil pencerapan doktor, doktor mengatakan penyakit nie biasa kena pada budak-budak bawah 2 tahun.

Oleh kerana perasaan sayangkan anak yang menebal, sahabat ana berikhtiar dengan menggunakan Sabun al-Bayt buat ketiga-tiga anaknya sekaligus. Alhamdulillah, penyakit berkenaan berkurangan, luka-luka atau bernanah hilang [kering], dan hari ini 23 Mac 2012, selepas berchat dengan sahabat ana, dia menceritakan kepada ana.

Alhamdulillah, berkatnya suatu ikhtiar ini Ya Allah melalui herba alam semulajadi yang Engkau kurniakan kepada kami ummat manusia ini, namun kami manusia jarang sekali bersyukur kepadaMu, Ighfir Zunubana Ya Rabb [Ampunkan dosa-dosa kami Ya Rabb].



Gangguan


Guru SMK:
Apabila menggunakan Sabun al-Bayt dia mengalami muntah-muntah. Selepas itu dia akan rasa lega, sesi rawatan malam tadi terhadapnya menunjukkan cikgu berkenaan mengalami masalah gangguan. Katanya dari perasaan tidak puas hati sahabatnya, gara-gara berebut jd MC dalam majlis sahaja. Ana tergelak sakan mendengarnya. Wallhu a'lam.

Pegawai Kementerian:
Mana-mana kawasan pada anggota badan yang ada masalah gangguan, apabila terkena Sabun al-Bayt, dia akan rasa sakit-sakit, yang peliknya apabila menggunakan sabun biasa, tiada rasa sebegitu. Wallhu a'lam. KIta ikhtiar dan DIA yang menyembuhkan. Amin.

Guru SMK seorang lagi:
Dia mengalami kerasukan apabila sesampai di rumah setelah balik bekerja [mengajar sesi petang], suaminya memasang CD Quraan di rumah, dia akan bercakap bahasa Siam yang entah apa. Suaminya terkejut, kerasukan berlangsung sehingga subuh menurutnya. Bayangkanlah penatnya guru berkenaan.

Keesokannya dia menerima SMS dari ana yang menyatakan Group ana ada menyediakan air doa [maussyifa'] dan lantas dia menghubungi ana untuk membeli air doa berkenaan. Sesampai dirumah ana, dia pening-pening lalat apabila melihat dan menghidu bauan Kasturi Kijang yang memang ada dalam rumah ana [bersedia menerima tempahan], jadi ana sarankan dia meminum air doa, menggunakan Sabun al-Bayt dan menggunakan wangian attar Kasturi sepanjang masa, petang semalam dia datang dan order lagi Sabun al-Bayt dan wangian attar kasturi.

Katanya, malam tadi ustaz, akak tidur lena betul sehingga pagi tiada masalah. Ana berpesan, kita ikhtiar dan dengan izinNya jua Insya Allah ada kesembuhan, Wallahu a'lam!






Masalah Ketuat di Tapak Kaki



Alhamdulillah, SABUN AL-BAYT rawat masalah kulit kronik, di sini ana paparkan sedikit masalah yang sentiasa berlaku pada kulit kaki. 

Gambar ini dah semakin ok selepas yang berkenaan menggunakan Sabun al-Bayt selama 2 minggu.


 Masalah kulit kaki yang mengeras di buku lali, sebelum ini kulitnya sangat kritikal dan boleh dibuang kulit berkenaan dengan gunting/ pisau, dan dengan izinNya jua, dengan penggunaan sabun al-Bayt ketika mandian dan apabila nak tidur, dia buihkan sabun dan letakkan pada tempat berkenaan, masalah kulitnya semakin baik. Alhamdulillah.








KESAN GANGGUAN


ALHAMDULILLAH, jam 5 petang tadi 03/02/2012 seorang dealer Sabun al-Bayt [Pegawai JKM] menelefon dan memberitahu perkongsian mereka yang menggunakan Sabun al-Bayt ini. Antara kenyataannya ialah :

  1. Seorang wanita [usia 40 tahun] yang belum berkeluarga, apabila mandi dan menggunakan Sabun al-Bayt ini, dia sendawa berterusan dan bulu tengkuknya meremang sahaja katanya, dan dia mengalami demam dalam 2 - 3 hari. Nasihat ana, teruskan mandian dengan menggunaka Sabun al-Bayt ini. Insya Allah, kita berikhtiar dan Allah yang memberikan kesembuhan, namun tiada salah kita berikhtiar dan berusaha. Allahu Akbar.
  2. Seorang anak gadis juga yang menggunakan Sabun al-Bayt ini, mengeluarkan gatal-gatal di badan [yang tak kronik] dan ana pernah nyatakan itu tanda-tanda healing crisis, Insya Allah.

Pertanyaan : boleh tak orang BUKAN Islam menggunakan Sabun al-Bayt ini??? Jawapannya boleh dan sangat digalakkan orang Bukan Islam menggunakannya lebih-lebih lagi masyarakat tiongha yang memakan benda itu [bukan semua yer!]. Kulitnya akan sedikit gatal-gatal, amallah menggunakan Sabun al-Bayt ini Insya Allah akan okey.

No comments:

Post a Comment