SABUN SIREH
Sabun ini diperbuat dari daun sirih yang terpilih dan diperkayakan lagi dengan madu lebah, diproses secara tradisional (hand-made). Mengikut kajian saintifik, ekstrak daun sirih mengandungiflavonoid dan polyphenol yang bertindak meregangkan kulit mengelakkan kedut serta merawat jeragat dengan berkesan.
ANTARA KEGUNAAN:
- Menghilangkan bau badan dan bau ketiak.
- Pencuci muka (masalah jerawat dan jeragat).
- Bertindak sebagai antiseptik.
- Merawat kelemumur dan gatal kulit kepala.
- Menguat dan mengilatkan rambut.
- Untuk merawat sakit kepala.
- Pencuci vagina serta mengembalikan keanjalan otot vagina.
CARA PENGGUNAAN SABUN SIREH :
Untuk merawat migrain atau sakit kepala:
Gunakan sabun Sirih sebagai syampu rambut kemudian tutup kepala dengan kain atau penutup kepala dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air. Sabun ini juga memberi kesan yang baik pada kulit wajah apabila anda menggunakannya sebagai pencuci muka. Anda akan merasai perbezaannya, kulit wajah anda akan terasa lebih bermaya serta terasa kehalusannya. .
Untuk masalah jeragat:
Hendaklah digunakan berterusan, insya-Allah jeragat akan berkurangan dan hilang.
(Perhatian: Sabun ini tidak menggunakan bahan kimia untuk asas perubatan, mungkin ia mengambil sedikit masa untuk perawatan jeragat bergantung tebal nipis jeragat seseorang, kebiasaan bagi jeragat yang nipis akan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 minggu.)
(Perhatian: Sabun ini tidak menggunakan bahan kimia untuk asas perubatan, mungkin ia mengambil sedikit masa untuk perawatan jeragat bergantung tebal nipis jeragat seseorang, kebiasaan bagi jeragat yang nipis akan mengambil masa lebih kurang 3 hingga 4 minggu.)
Untuk mengatasi masalah bau ketiak:
Malam sebelum tidur, buihkan sabun Sirih di ketiak anda (buih yang pekat) gosok sehingga buih hilang dan jangan dibilas dulu. Biarkan sehingga esok pagi baru dibilas, pasti akan memuaskan hati
SABUN RESDUNG.
Sabun Resdung (Sinusitis soap) ini diperbuat dari ekstrak buah bunga Tanjung, kulit kayu manis dan herba terpilih. Ia diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan pada semua peringkat usia.
ANTARA KEGUNAAN:
- Merawat resdung.
- Menghilangkan gatal-gatal pada muka akibat resdung.
- Menghilangkan jeragat pada muka.
- Merawat dan menghilangkan jerawat.
- Melegakan hidung tersumbat akibat resdung dan simptom-simptomnya.
CARA PENGGUNAAN:
Gosok sabun Resdung dengan kedua tapak tangan sehingga berbuih. Urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan biarkan selama 1 hingga 2 minit. Jangan risau sekiranya muka terasa gatal atau miang kerana ia merupakan proses merawat resdung. Untuk menghilangkan kegatalan tersebut dan mendapat kesan yang lebih baik, bolehlah mencuci muka dengan sabun Sirih kemudian bilas dengan air.
Tindak balas ketika menggunakan sabun Resdung ialah seperti keluar lendir melalui hidung. Ia merupakan kesan dari proses perawatan resdung. Dalam masa 3 hingga 5 hari, ia akan kembali normal, begitu juga ketika membiar 1 hingga dua minit di muka kebiasaannya akan berlaku miang atau gatal di sekitar muka, mata dan hidung.
Jangan berhenti menggunakan sabun Resdung, guna sehingga apabila dibiarkan selama 1 hingga 2 minit tak berlaku lagi miang dan kegatalan pada muka. Bagi yang mengalami masalah jerawat batu hendaklah digunakan secara berterusan, insyaAllah akan mendapat hasilnya yang memuaskan. (Adakala dalam tempoh perawatan akan keluar jerawat batu besar yang bernanah)
SABUN MARIGOLD.
Sabun Marigold (Calendula) ini diperbuat dari ekstrak bunga Calendula. Bunga Calendula termasuk tanaman yang mengandungi vitamin E sering disebut sebagai Marigold telah digunakan berabad-abad lamanya sebagai anti oksida yang natural dan mempunyai keupayaan untuk melembabkan kulit disamping melembut dan menyenangkan semua jenis kulit yang sensitif, kulit pucat, kering dan kesan terbakar matahari (sunburn) sabun Marigold ini diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan tidak kira peringkat usia.
ANTARA KEGUNAAN.
- Merawat gatal-gatal badan (ekzema).
- Merawat kudis.
- Mencerahkan kulit.
- Merawat ruam lampin.
- Sebagai pencuci muka (jerawat).
- Merawat gatal dan luka di celah paha.
- Menghilangkan bau badan terutama bau ketiak.
- Memberi kesegaran selepas mandi.
- Merawat kulit kusam.
- Merawat luka yang gatal.
CARA PENGGUNAAN:
Untuk merawat kudis dan gatal setempat, gunakan sabun Marigold. Sapukan buih sabun pada kudis atau kawasan kulit yang gatal. Biarkan sehingga kering. Sabun ini juga berkesan untuk penyakit ekzema. Bagi bayi yang bermasalah dengan ruam lampin, gunakan sabun ini semasa mandi. Lihatlah kesannya, insya-Allah akan kering dalam masa dua hari. Sabun ini juga berkhasiat untuk ruam kulit, kulit terbakar (sunburn) serta kulit pucat dan kering.
BERMINAT HUBUNGI SAYA
013-3464260
Salam...
ReplyDeleteKami dah follow...Jgn lupa follow balik blog kami ye.. :-) TQ
www.mylovely-cats.blogspot.com
untuk migrain pun boleh ye?
ReplyDeleteboleh mencuba sabun Al-bayt yg telah diruqyahkan
Delete